//

Pokok-pokok kewajipan mencintai dan menghormati Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w. dan keturunannya

Pokok-pokok kewajipan mencintai dan menghormati Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w. dan keturunannya



Dari ayat-ayat suci Al-Quranul Karim, dari hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh para sahabat beliau, dan dari pendapat para Imamul-Mujtahidin serta para ulama; yang telah kami paparkan dalam buku ini, semuanya merupakan dalil-dalil syar'iy yang mendasar dan kuat tentang kewajipan setiap orang beriman mencintai dan menghormati ahlubait Rasulullah s.a.w. beserta semua keturunan mereka, semata-mata demi karena Allah dan Rasul-Nya.
Dari semua uraian yang terdapat di dalam buku ini, pembaca dapat memperoleh pokok-pokok pengertian yang melandasi kewajipan mencintai dan menghormati Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w. dan keturunannya. Pokok-pokok pengertian itu ringkasnya sebagai berikut:
  • Rasulullah s.a.w. dan ahlubaitnya berhak memperoleh ketaatan dan penghormatan dari ummatnya.
  • Rasulullah s.a.w. adalah pangkal kemuliaan dan kesucian ahlubaitnya.
  • Beliau adalah wali bagi semua ahlubait dan keturunannya.
  • Beliau s.a.w. adalah ayah (sesepuh) mereka.
  • Ummat Islam wajib mendahulukan mereka.
  • Ummat Islam harus mau menimba ilmu dari mereka.
  • Apa yang membuat mereka tidak senang, membuat Rasulullah tidak senang.
  • Apa yang melegakan mereka, melegakan Rasulullah s.a.w.
  • Hubungan nasab mereka dengan beliau s.a.w. tidak terputus pada hari kiamat.
  • Hubungan mereka dengan Rasulullah s.a.w. sebagai wasilah tidak terputus pada hari kiamat.
  • Hubungan kekerabatan dan kefamilian (mushaharah) antara mereka dengan Rasulullah s.a.w. tidak terputus pada hari kiamat.
  • Iman belum benar-benar masuk ke dalam hati seseorang hamba Allah sebelum ia mencintai ahlubait demi kerana Allah dan kerana kekerabatan mereka dengan Rasulullah s.a.w.
  • Barang siapa yang menghormati dan berbuat baik terhadap mereka, pada hari kiamat kelak ia akan memperoleh balasan baik dari Rasulullah s.a.w.
  • Setiap orang beriman wajib mencintai mereka atas dasar kecintaannya kepada Rasulullah s.a.w.
  • Orang terbaik di kalangan umat Islam ialah yang paling besar kecintaan dan penghormatannya kepada ahlubait Rasulullah s.a.w.
  • Seseorang di kalangan umat Islam tidak akan memperoleh kebajikan di dunia dan akhirat, kecuali jika ia mencintai mereka demi kecintaannya kepada Allah dan Rasul-Nya.
  • Seyogyanya orang lebih menyukai hubungan persaudaraan dengan mereka daripada hubungan persaudaraannya dengan kaum kerabatnya sendiri.
  • Setiap Muslim wajib menyadari bahawa ahlubait Rasulullah s.a.w. mempunyai hak yang amat besar atas dirinya.
  • Setiap Muslim wajib menghormati dan menjaga keselamatan mereka.
  • Barangsiapa mengganggu mereka berarti mengganggu Rasulullah s.a.w. dan orang yang mengganggu beliau s.a.w. berarti mengganggu Allah s.w.t.
  • Seorang Mukmin belum benar-benar beriman selagi ia belum mencintai Rasulullah s.a.w., dan ia belum mencintai Rasulullah s.a.w. selama belum mencintai ahlubait beliau.
  • Mereka senantiasa bersama-sama Al-Quran hingga saat mereka masuk syurga.
  • Orang yang memperoleh hidayat Ilahi ialah yang berpegang teguh pada Al-Quran dan ahlubait Rasulullah s.a.w.
  • Orang yang tidak berpegang pada Al-Quran dan ahlubait Rasulullah s.a.w. adalah sesat.
  • Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita akan kewajiban kita terhadap Allah s.w.t. mengenai keharusan kita mencintai ahlubait beliau s.a.w. dan mengenai keharusan kita menghormati mereka. Rasulullah s.a.w. mengaitkan kehormatan mereka dengan kehormatan beliau sendiri dan kehormatan agama Islam.
  • Barangsiapa yang mengindahkan kehormatan Rasulullah s.a.w. dan ahlubaitnya, Allah s.w.t. akan memelihara keselamatan agama dan keduniaannya.
  • Barangsiapa yang tida mengindahkan kehormatan Rasulullah s.a.w. dan kehormatan ahlubait beliau, Allah s.w.t. tidak akan memelihara keselamatan agama dan keduniaannya.
  • Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada kita supaya kita menyampaikan segala hal yang baik kepada ahlubait beliau.
  • Rasulullah s.a.w. pada hari kiamat akan menggugat setiap orang yang mengurangi hak ahlubait beliau, dan barangsiapa yang pada hari kiamat akan digugat oleh beliau s.a.w., ia akan masuk neraka.
  • Ahlubait Rasulullah s.a.w. adalah hablullah (tali Allah) yang kita diperintah supaya teguh berpegang padanya, sebagaimana firman Allah: "Hendaklah kalian semuanya berpegang teguh pada tali Allah". (S. Aali 'Imran: 103)
  • Kita harus mengerti bahawa ahlubait Rasulullah s.a.w.adalah orang-orang yang menjadi sasaran irihati karena mereka memperoleh limpahan karunia Allah s.w.t.
  • Seorang hamba Allah belum benar-benar beriman selagi kecintaannya kepada ahlubait Rasulullah s.a.w. belum melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri dan keluarganya.
  • Persahabatan setia dengan ahlubait adalah hidayat yang dinyatakan Allah dalam firman-Nya: "Aku adalah Maha Pengampun bagi siapa yang bertaubat, beriman dan berbuat kebajikan". (S. Taha: 82)
  • Allah s.w.t. sangat murka terhadap orang yang mengganggu ahlubait Rasulullah s.a.w.
  • Barangsiapa mencintai dan menghormati mereka, Allah akan memanjangkan usianya dan melestaikan karunia nikmat yang dilimpahkan kepadanya.
  • Barangsiapa yang membenci dan menghina mereka, Allah akan memendekkan usianya dan akan mencabut nikmat yang diberikan kepadanya, dan pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dalam keadaan bermuka hitam.
  • Manusia akan selalu mengikuti mereka dalam kebajikan maupun dalam keburukan. Dengan kebaikan mereka manusia akan menjadi baik, dan dengan kerosakan mereka manusia akan menjadi rosak.
Mengingat kesemuanya itu, sebagai penutup tulisan kami dalam buku ini, kami berseru agar kaum Muslimin tidak enggan membantu kesukaran para ahlubait Rasulullah s.a.w., mau belajar kepada mereka yang berilmu dan mengajar mereka yang kurang mendalam ilmunya. Kebaikan dan kesentosaan kaum Muslimin banyak kaitannya dengan kebaikan dan kesentosaan mereka. Mereka adalah bahtera keselamatan bagi kaum Muslimin, tak ubahnya dengan bintang-bintang di langit yang mejadi petunjuk jalan dalam perjalanan gelap di tengah samudera. Beruntunglah orang-orang yang memelihara hubungan baik dengan ahlubait, kaum kerabat Rasulullah s.a.w. dan keturunan mereka. Bahagialah orang-orang yang dengan syafaat Rasulullah s.a.w. akan memperoleh kebahagiaan hidup kekal di akhirat. Alangkah nikmatnya orang-orang yang dengan keredhaan Allah dan Rasul-Nya memperoleh kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Dipetik dari: Keutamaan Keluarga Rasulullah s.a.w - karangan K.H. Abdullah bin Nuh, terbitan Klang Book Centre, halaman 239-242.


2013@abdkadiralhamid

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pokok-pokok kewajipan mencintai dan menghormati Ahlul-Bait Rasulullah s.a.w. dan keturunannya"

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip