//

Sikap RASULULLAH SAW pada Anak-Anak


Sikap RASULULLAH SAW pada Anak-Anak




1. Suatu hari pundak Rasulullah SAW ditunggangi oleh kedua-dua cucunya (Hasan dan Husein) ketika kecil. Ketika salah seorang sahabat Rasulullah SAW melihat situasi itu, berkata ia :
"Sebaik baik yang kamu naiki adalah yang kamu berdua naiki ini (Rasulullah SAW)".

Mendengar kata kata sahabat itu, Rasulullah SAW tersenyum lalu bersabda,

"Sebaik yang naik adalah kedua-duanya (Husein dan Hasan)"

2.Suatu ketika pernah Rasulullah dan para sahabat diundang makan bersama, semasa di dalam perjalanan Baginda terlihat Husein bersama sama rekan rekannya. Maka Rasulullah saw bergegas menuju ke hadapan mendahului sahabat sahabatnya, lalu membentangkan tangannya. Husein dengan riang berlari kearah Rasulullah SAW.

Kemudian Rasulullah SAW mengangkat Husein dan meletakkan tangannya Yang MULIA di dagu Husein, Rasulullah SAW merangkul dan mencium nya kemudian berkata :

"Hasan dariku dan aku darinya . ALLAH mencintai orang yang dicintai Hasan dan Husein."

3. Ibnu ar-Rabi pernah meriwayatkan sewaktu beliau kecil, pernah seketika Rasulullah mengambil air dari gayung lalu memasukkan air dalam mulutnya kemudian menyembur ke wajahnya. Setelah itu Baginda tersenyum sambil bergurau. Ketika itu Ar-Rabi berusia lima tahun.

4. Pernah Rasulullah SAW memanjangkan solat beliau sewaktu sujud, para sahabat bertanya, "Kenapa terlalu lama Engkau sujud, Ya Rasulullah, adakah terjadi penurunan wahyu?"

Rasulullah SAW berkata, "Tidak ada turunnya wahyu. Aku memanjangkan sujudku kerana cucuku menaiki bahuku. Aku tidak mau percepatkan sujudku sebelum kemauan cucuku dipenuhi."

Keterangan :

1. Shahih Bukhari no.5825
2. HR At-Tabrani no. 7523
3. HR at-Tirmizi no. 1525
4. HR al-Bukhari no.6189



اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سيّدنامُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سيّدنا مُحَمَّدٍ



============================

Rasulullah SAW sangat mencintai anak kecil. Beliau sangat lembut dan memahami perilaku mereka. Berikut adalah contoh sikap Rasulullah SAW pada anak kecil yang patut kita teladani.

  1. Rasulullah SAW senang bermain-main (menghibur) anak-anak dan kadang-kadang memangku mereka. Contoh: Beliau menyuruh Abdullah, Ubaidillah, dan lain-lain dari putra-putra pamannya Al-Abbas r.a. untuk berbaris lalu berkata, “ Siapa yang terlebih dahulu sampai kepadaku akan aku beri sesuatu (hadiah).” Merekapun berlomba-lomba menuju beliau, kemudian duduk di pangkuannya lalu Rasulullah menciumi mereka dan memeluknya.
  2. Rasulullah SAW sangat lembut dan berempati ketika anak-anak mengalami penderitaan. Contoh: Ketika Ja’far bin Abu Tholib r.a, terbunuh dalam peperangan mut’ah, Nabi Muhammad SAW sangat sedih. Beliau segera datang ke rumah Ja’far dan menjumpai isterinya Asma bin Umais, yang sedang membuat roti, memandikan anak-anaknya dan memakaikan bajunya. Beliau berkata, “Suruh kemarilah anak-anak Ja’far. Ketika mereka datang, beliau menciuminya.”
  3. Rasulullah SAW tidak menyukai orang yang tidak memiliki kasih sayang pada anak kecil. Contoh: Al-Aqraa bin harits melihat Rasulullah SAW. mencium Al-Hasan r.a. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka.” Rasulullah bersabda, “Aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang pemimpin apabila Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa yang tidak memiliki rasa kasih sayang, niscaya dia tidak akan di sayangi.”
  4. Rasulullah SAW sangat memahami ketidaktahuan anak. Contoh: Seorang anak kecil dibawa kepada Rasulullah SAW untuk didoakan dimohonkan berkah dan diberi nama. Anak tersebut dipangku oleh beliau. Tiba-tiba anak itu kencing di pangkuan beliau, orang-orang yang melihatnya kaget dan berteriak. Beliau berkata, “Jangan di putuskan anak yang sedang kencing, buarkanlah dia sampai selesai dahulu kencingnya.” Beliau pun berdoa dan memberi nama anak itu. Ketika mereka telah pergi, beliau mencuci sendiri pakaian yang terkena kencing tadi.
  5. Rasulullah SAW sangat memahami perilaku anak yang senang bermain. Contoh: Ummu Kholid binti Kholid bin Sa’ad Al-Amawiyah berkata, “Aku beserta ayahku menghadap Rasululloh dan aku memakai baju kurung (gamis) berwarna kuning. Ketika aku bermain-main dengan cincin Rasulullah SAW, ayahku membentakku, tapi Rasulullah berkata, “Biarkanlah dia.” Kemudian beliau pun berkata kepadaku, “Bermainlah sepuas hatimu, Nak!
  6. Rasulullah SAW sering menyapa anak kecil dengan hangat. Contoh: Dari Anas, mengatakan “Rasulullah SAW selalu bergaul kami. Beliau berkata kepada saudara lelakiku yang kecil, ‘Wahai Abu Umair, mengerjakan apa si nugair (nama burung kecil).’”
  7. Rasulullah SAW tidak terganggu sholatnya walau sambil menggendong anak. Contoh: suatu Rasulullah SAW melakukan shalat, sedangkan Umamah binti Zainab diletakkan di leher beliau. Ketika beliau sujud, Umamah diletakkannya di lantai, dan ketika berdiri, Umamah  diletakkan lagi di leher beliau. Umamah adalah anak kecil dari Abu Ash bin Rabigh bin Abdusysyam.
  8. Rasulullah SAW sangat lembut pada anak yang mengganggu sholatnya. Contoh: Rasulullah pernah lama sekali sujud dalam shalatnya, maka salah seorang sahabat bertanya, ”Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda lama sekali sujud, hingga kami mengira ada sesuatu kejadian atau anda sedang menerima wahyu. Rasulullah SAW, menjawab, “Tidak ada apa-apa, tetaplah aku ditunggangi oleh cucuku, maka aku tidak mau tergesa-gesa sampai dia puas.” Adapun anak yang di maksud ialah Al-Hasan atau Al-Husain Radhiyallahu Anhuma
  9. Rasulullah SAW sangat berempati pada anak kecil yang menangis. Contoh: Ketika Nabi Muhammad SAW melewati rumah putrinya, yaitu sayyidah Fatimah r.a., beliau mendengar Al-Husain sedang menangis, maka beliau berkata kepada Fatimah, “Apakah engkau belum mengerti bahwa menangisnya anak itu menggangguku.” Lalu beliau memangku Al-Husain di atas lehernya dan berkata, “Ya Allah, sesungguhnya aku cinta kepadanya, maka cintailah dia.”

2014@abdkadiralhamid

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sikap RASULULLAH SAW pada Anak-Anak "

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip