//

Ganjaran Amalan Sunat Hari Jumaat Digandakan

Ganjaran Amalan Sunat Hari Jumaat Digandakan



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Nabi Muhammad SAW menganjurkan beberapa ibadat sunat yang dapat menambahkan ketakwaan kepada Allah dan merebut ganjaran pahala yang besar. Antaranya adalah:
No
AMALAN
GANJARAN
 1.
Mengisi malam Jumaat dengan perbanyakkan ibadat dan siangnya, bersegera ke masjid seawal mungkin.
Dari Abdullah bin Amr r.a. dari Nabi SAW bersabda: “Tidaklah dari seseorang Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan ia dipelihara Allah dari seksa kubur.” (HR Tarmizi)
 2.
Membaca Astagh Firullahal ladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi” (3 kali), pads solat Sunat Fajar Jumaat.
InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosanya walau pun sebanyak buih di lautan.
3.
Membaca surah As-Sajdah beserta Sujud Tilawah dalam solat Subuh hari Jumaat.
Memperolehi ganjaran syurga Allah. Sabda Rasulullah SAW: “Apabila anak cucu Nabi Adam membaca surah as-Sajdah kemudian mereka sujud kepada Allah, syaitan mengasingkan dirinya dari majlis itu dalam keadaan menangis sambil berkata:Celakalah aku, anak cucu Nabi Adam diperintah untuk sujud kepada Allah, lalu mereka sujud kepada Allah. Maka, bagi mereka itu balasannya syurga, sedangkan aku juga disuruh untuk sujud kepada Allah, tetapi aku ingkar. Oleh itu, untukku api neraka.” (Hadis riwayat Abu Daud)
 4. Membaca surah Ali Imran
Akan didoakan oleh malaikat hingga ke malam.
 5. Membaca surah al-Kahfi.
Disinari dirinya dengan cahaya dan mendapat petunjuk serta pimpinan daripada Allah sepanjang minggu itu.
 6. Memperbanyakkan membaca selawat pada hari Jumaat.
Bacaan selawat  disampaikan terus kepada Rasulullah dan akan memperolehi kasih sayang dari Baginda SAW.
 7.
Bersedekah kepada orang miskin pada Hari Jumaat.
Akan  mendapat ganjaran   besar daripada Allah SWT.
.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Artikel Berkaitan:

  1. RUKUN DAN ADAB KHUTBAH JUMAAT 
  2. Ganjaran Amalan Sunat Hari Jumaat Digandakan  
  3. 15 Keutamaan Dan Keistimewaan Hari Jumaat  
  4. Ganjaran Hadir Awal Solat Jumaat 
  5. Hari Jumaat ~ Waktu Mustajab Berdoa 
  6. Perbanyak Membaca Selawat Di Hari Jumaat 
  7. Dosa Jual Beli  & Tinggalkan Berurus Niaga Ketika Azan Jumaat 
  8. Kenapa Hari Jumaat Yang Jadi Hari Besar Umat Islam?

2014@abdkadiralhamid 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ganjaran Amalan Sunat Hari Jumaat Digandakan"

Post a Comment

Silahkan komentar yg positip